Skip to content
motivasi diri
Motivasi Diri
  • Home
  • Mengenai Saya
  • Dasar Privasi
motivasi diri
Motivasi Diri

Jangan Kerja Keras, Kerja Bijak

Brahem, 02/10/201126/01/2012

“Jangan Kerja Keras, Kerja Bijak”

Anda tentu pernah atau sudah berkali-kali mendengar ungkapan tadi disebut. Sebenarnya ungkapan itu separuh betul, ia seperti mengatakan duit itu punca segala kejahatan. Ianya tidak benar, duit bukannya punca kejahatan. Sebenarnya yang menjadi punca kejahatan adalah tamakkan duit.

Apa yang telah terjadi dengan masyarakat hari ini? Kita telah disogok dengan berbagai-bagai idea yang menjurus kepada “cepat kaya”. Kita terlalu percaya dengannya lalu menyebabkan minda kita tertutup kepada rahsia kejayaan sebenar. Bukan saya tidak bersetuju dengan ungkapan “jangan kerja keras tetapi kerja bijak”, tetapi ramai dari kita yang menggunakannya sebagai alasan untuk tidak mahu kuat berkerja atau bekerja keras. Jika anda tidak bersedia untuk kuat bekerja bagi mencapai kejayaan, minta maaf – sukar bagi anda untuk mencapai kejayaan.

Anda mungkin mengatakan ada jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Ya memang benar, tetapi anda perlu melaluinya untuk menuju kejayaan dan sampai di penghujung jalan bagi mencapainya. Anda perlu bekerja keras menyusuri jalan pintas tersebut.

Saya ingin kongsi bersama dua faktor mengenai kerja kuat/keras yang diperolehi dari seorang jutawan:

Anda hanya boleh kerja kuat apabila anda bekerja secara bijak. Semua orang mempunyai 24 jam sehari tetapi kenapa ada orang memperolehi RM10,000 sehari manakala yang lain mendapat RM100 sehari? Ya, kerana mereka yang memperolehi RM10,000 sehari menghabiskan masa “kerja keras” mereka untuk sesuatu yang memberi mereka pulangan tertinggi ke atas pelaburan (masa) mereka. Iktibar yang boleh kita ambil di sini; guna masa kita dengan bijak – jika anda menggunakan masa kerja anda pastikan ianya digunakan untuk tugas yang menghasilkan pulangan tertinggi.

Kerja keras adalah berat bagi kebanyakan orang. Kerja adalah berat jika anda bekerja, nampak tak?

Katakan anda suka menonton wayang dan anda dibayar untuk berbuat demikian, masihkah berat? Tentu tidak kan?

Satu-satunya cara yang membolehkan anda kerja keras adalah apabila anda tidak bekerja. Seperti kata Kung Fu Tze, “Pilih kerja yang anda suka, anda tidak perlu bekerja walau sehari dalam hidup anda”.

Kunci untuk membolehkan anda bekerja keras adalah anda seronok dan suka dengan kerja anda. Justeru setiap hari adalah mengenai memenuhi kesukaan anda, menjalani kehidupan sebagaimana yang anda mahukan.

Jika anda menyukai apa yang saya kongsikan, sudilah tinggalkan coretan anda. Saya sendiri membaca setiap dari coretan yang ditinggalkan.

Motivasi Kerja

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. miza says:
    14/12/2011 at 9:44 pm

    salam
    nk share kat wall sy:)

    Reply
  2. Brahem says:
    17/12/2011 at 8:11 pm

    salam,

    dialu alukan.

    Reply
  3. Pingback: Motivasi Diri | Berkerja Secara Bijak Bukan Kerja Kuat
  4. Pingback: Motivasi Kerja | Serlahkan Potensi Diri
  5. aisha malek says:
    04/06/2014 at 12:57 pm

    mohon share

    Reply
  6. Brahem says:
    07/06/2014 at 9:37 am

    silakan

    Reply

Leave a Reply to Brahem Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian

Artikel

  • Bagaimana Nak Tawakal kepada Allah?

Komen Terkini

  • Lepaskan Masa Lalu: Bagaimana Melangkah Maju dengan Keyakinan - Motivasi Diri on Sekarang – Perolehi Kekuatan Diri Di Momen
  • Strategi Untuk Lebih Produktif | Motivasi Diri on Kita Semua Ada Masa
  • ifah on Jangan Pandang Belakang
  • Yati Rahim on Cara Untuk Memotivasi Diri
  • Nor Chitriayu on Cara Untuk Memotivasi Diri

Kategori

  • Artikel Motivasi (4)
  • Blog Motivasi (1)
  • Cerita Motivasi (4)
  • Kata-kata Semangat (1)
  • Motivasi & Matlamat (2)
  • Motivasi Diri (10)
  • Motivasi Hidup (7)
  • Motivasi Kerja (5)
  • Motivasi Minda (3)
  • Motivasi Pagi (2)
  • Pengembangan Diri (1)
  • Pengurusan Emosi (1)
  • Produktiviti Diri (1)
  • Refleksi Diri (4)
  • Tips Berjaya (2)
  • Tips Motivasi (2)
©2025 Motivasi Diri | WordPress Theme by SuperbThemes