«

»

Berkerja Secara Bijak Bukan Kerja Kuat

Kali ini saya ingin kongsi satu lagi perspektif kerja secara bijak, bukan kerja dengan kuat.

Ramai di antara kita sekarang, yang makan gaji, melaksanakan pelan 50/50/50. Kita bekerja 50 jam seminggu, 50 minggu setahun… dan bersara dengan 50% pendapatan, yang sekarang pun tak mencukupi. Sahaja untuk menjentik minda; bagaimana untuk bekerja secara bijak dalam situasi ini? Berapa bijak pun kita bekerja atau betapa kuatnya kita bekerja, pendapatan atau gaji ditentukan oleh majikan.

Kalau nak lebih kena kerja sendirilah. Katakan seorang doktor persendirian memperolehi pendapatan bersih RM200 ribu setahun. Dia bekerja 8 jam sehari, 6 hari seminggu dan 50 minggu setahun. Bagaimana nak tambah pendapatan? Buka klinik 12 jam sehari? Kalau buka 12 jam sehari tu tergolong dalam kerja kuat atau kerja secara bijak?

Pakar mengatakan kita tidak bekerja secara bijak selagi kita “menjual masa untuk wang”. Kita hanya akan bekerja secara bijak apabila kita mengamalkan kuasa tuil (leveraging) dan duplikasi.

Contoh aplikasi kuasa tuil adalah francais. Ray Kroc mungkin tidak terdaya untuk membuka Restoran McDonald’s di serata dunia, tetapi melalui sistem francais dia berjaya membuka Restoran McD di serata dunia – itulah kerja secara bijak.

Contoh lain; Jika Hendry Ford membuat sendiri Model T, dia boleh simpan 100% keuntungan. Kalau dia kerja kuat, dia dapat siapkan 2 buah kereta Ford Model T setahun (kerja sendiri, bukan makan gaji). Namun dia tak nak kerja kuat, dia kerja bijak. Dia tuilkan masa dan kebolehan beliau dengan mengajar pekerjanya meniru cara (duplikasi) dia membuat Model T. Dengan mengaplikasikan kuasa tuil, Henry Ford dapat mengeluarkan beribu kereta setahun. Keuntungannya bukan lagi 100% x 2, tetapi mungkin 20% x 1000.

Satu lagi contoh; dulu Coca Cola hanya boleh diperolehi di beberapa kedai yang mempunyai mesin soda sahaja, justeru jualannya terhad. Apabila ia dibotolkan, Coca Cola tersebar ke seluruh dunia dan di segenap ceruk.

Bagi yang makan gaji, dan juga yang kerja sendiri, bagaimana nak aplikasikan kuasa tuil ni? Pelaburan, mungkin dalam hartanah seperti Azizi Ali. Francaiskan kepakaran macam Kumon?

Apa kata anda?

Posting Berkaitan:
Jangan Kerja Keras Kerja Bijak

1 comment

1 ping

  1. pd says:

    Bagus jentikan minda ni…. bagi yg dah lupa motivasi ni….leh ingat semula, & apa yg penting kerjasama macam francais & group Henry Ford, kita juga dapat untung & sama2 jana keuntungan, barulah ekonomi aktif.

  1. Motivasi Kerja | Serlahkan Potensi Diri says:

    […] telah menyentuh tentang kerja secara bijak bukan kerja kuat dalam dua tulisan terdahulu, “Bekerja Secara Bijak Bukan Kerja Kuat“  dan “Jangan Kerja Keras Kerja […]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>