Berkerja Secara Bijak Bukan Kerja Kuat

Kali ini saya ingin kongsi satu lagi perspektif kerja secara bijak, bukan kerja dengan kuat.

Ramai di antara kita sekarang, yang makan gaji, melaksanakan pelan 50/50/50. Kita bekerja 50 jam seminggu, 50 minggu setahun… dan bersara dengan 50% pendapatan, yang sekarang pun tak mencukupi. Sahaja untuk menjentik minda; bagaimana untuk bekerja secara bijak dalam situasi ini? Berapa bijak pun kita bekerja atau betapa kuatnya kita bekerja, pendapatan atau gaji ditentukan oleh majikan.

Kalau nak lebih kena kerja sendirilah. Katakan seorang doktor persendirian memperolehi pendapatan bersih RM200 ribu setahun. Dia bekerja 8 jam sehari, 6 hari seminggu dan 50 minggu setahun. Bagaimana nak tambah pendapatan? Buka klinik 12 jam sehari? Kalau buka 12 jam sehari tu tergolong dalam kerja kuat atau kerja secara bijak?

Pakar mengatakan kita tidak bekerja secara bijak selagi kita “menjual masa untuk wang”. Kita hanya akan bekerja secara bijak apabila kita mengamalkan kuasa tuil (leveraging) dan duplikasi.

Contoh aplikasi kuasa tuil adalah francais. Ray Kroc mungkin tidak terdaya untuk membuka Restoran McDonald’s di serata dunia, tetapi melalui sistem francais dia berjaya membuka Restoran McD di serata dunia – itulah kerja secara bijak.

Contoh lain; Jika Hendry Ford membuat sendiri Model T, dia boleh simpan 100% keuntungan. Kalau dia kerja kuat, dia dapat siapkan 2 buah kereta Ford Model T setahun (kerja sendiri, bukan makan gaji). Namun dia tak nak kerja kuat, dia kerja bijak. Dia tuilkan masa dan kebolehan beliau dengan mengajar pekerjanya meniru cara (duplikasi) dia membuat Model T. Dengan mengaplikasikan kuasa tuil, Henry Ford dapat mengeluarkan beribu kereta setahun. Keuntungannya bukan lagi 100% x 2, tetapi mungkin 20% x 1000.

Satu lagi contoh; dulu Coca Cola hanya boleh diperolehi di beberapa kedai yang mempunyai mesin soda sahaja, justeru jualannya terhad. Apabila ia dibotolkan, Coca Cola tersebar ke seluruh dunia dan di segenap ceruk.

Bagi yang makan gaji, dan juga yang kerja sendiri, bagaimana nak aplikasikan kuasa tuil ni? Pelaburan, mungkin dalam hartanah seperti Azizi Ali. Francaiskan kepakaran macam Kumon?

Apa kata anda?

Posting Berkaitan:
Jangan Kerja Keras Kerja Bijak

Azam Tahun Baru dan Kebiasaan

Semalam saya join rakan-rakan main badminton di Tasik Titiwangsa, KL. Selepas waktu pejabat, tukar pakaian dan terus ke sana. Untuk nak keluar masuk ke tempat letak kereta di bangunan pejabat saya perlu guna kad staf. Biasanya kad tu saya simpan dalam walet kad, bila nak keluar atau masuk, sentuhkan saja walet kat reader palang akan naik – macam kat Touch N Go Plus. Masa nak keluar semalam, saya keluarkan kad dari walet dan selit di tepi poket pintu kereta sebab walet tu saya nak simpan dalam seluar kerja. Kalau simpan dalam seluar trek takut tercicir. Lepas keluar dari tempat letak kereta saya terus ke Tasik Titiwangsa dan main badminton.

Baca seterusnya »

Program Motivasi Tidak Berkesan

Ada beberapa orang pakar yang mengatakan kebanyakan program motivasi popular tidak berkesan. Seorang pakar dengan yakin mengatakan bahawa buku, filem dan lain-lain program motivasi diri  ‘The Secret” oleh Rhonda Byrne juga tidak berkesan dalam menggerak seseorang untuk mengambil tindakan ke arah kejayaan.

Nampaknya benar juga apa yang dikata, cuba renungkan kenyataan atau soalan berikut dan jawab dengan jujur:

1.  Sudah berapa kali anda mengikuti program motivasi?

2.  Sudah berapa banyak buku motivasi atau artikel yang anda baca? Adakah ia berupaya mengubah diri anda?

3.  Sudah berapa kali anda ikuti program motivasi di TV? Adakah ia berjaya mengubah diri anda?

Baca seterusnya »

4 Aspek Kritikal Mencapai Kejayaan

Pernah dengar tak cerita rakan kita yang buat macam-macam tetapi tidak berjaya. Macam-macam bisnes dia buat. Pre-paid buat, MLM pernah buat, Internet marketing pun buat juga. Usaha tersebut bolehlah dikategori sebagai buat projeklah. Lepas satu projek dia start projek lain pula, tak pernah siap satu projek pun, dan tak pernah capai kejayaan seperti yang diharapkan.

Para pakar bersetuju ramai yang gagal dalam usaha atau projek mereka adalah disebabkan oleh kekurangan dari segi empat aspek kritikal mencapai kejayaan.  Empat aspek tersebut adalah: Baca seterusnya »

Bersedih atau Berbahagia – Terpulang Kepada Diri Sendiri

Saya diberi peluang untuk menjadi ahli satu forum yang membincangkan perkara yang boleh membawa perubahan kepada kehidupan seseorang… Seorang dari peserta yang agak berumur memberitahu bahawa hidup ini amat susah. Dia agak sinis. Dia begitu yakin bahawa persepsi beliau tentang dunia adalah satu-satunya. Baginya tiada apa yang dapat kami boleh buat untuk mengubah fikirannya. Dia berpendapat bahawa kami kurang pengalaman dan patut mengubah pandangan kami.

Itu angan-angan saya…

Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah kita tidak dapat nafikan bahawa kita hidup di zaman yang serba mencabar. Ramai yang hidup susah disebabkan keadaan ekonomi sekarang. Ramai juga yang mendapati hidup mereka susah disebabkan ketidaksempurnaan dalam kehidupan seharian; karier mereka, hubungan mereka, kesihatan mereka dan apa saja yang tidak menjadi, yang menarik perhatian minda mereka.

Baca seterusnya »

Jangan Kerja Keras, Kerja Bijak

“Jangan Kerja Keras, Kerja Bijak”

Anda tentu pernah atau sudah berkali-kali mendengar ungkapan tadi disebut. Sebenarnya ungkapan itu separuh betul, ia seperti mengatakan duit itu punca segala kejahatan. Ianya tidak benar, duit bukannya punca kejahatan. Sebenarnya yang menjadi punca kejahatan adalah tamakkan duit.

Apa yang telah terjadi dengan masyarakat hari ini? Kita telah disogok dengan berbagai-bagai idea yang menjurus kepada “cepat kaya”. Kita terlalu percaya dengannya lalu menyebabkan minda kita tertutup kepada rahsia kejayaan sebenar. Bukan saya tidak bersetuju dengan ungkapan “jangan kerja keras tetapi kerja bijak”, tetapi ramai dari kita yang menggunakannya sebagai alasan untuk tidak mahu kuat berkerja atau bekerja keras. Jika anda tidak bersedia untuk kuat bekerja bagi mencapai kejayaan, minta maaf – sukar bagi anda untuk mencapai kejayaan.

Baca seterusnya »

Mohon Maaf – Lama Menghilang

Maaf kerana lama tak update blog ini. Masa puasa dan selepas raya hari tu saya sibuk dengan perancangan untuk tiga projek saya. Projek pertama adalah penulisan buku berkenaan amalan ISO dalam organisasi, buku teknikal yang disampaikan dalam bentuk cerita ala novel. Projek kedua saya, mengkaji semula konsep dan hala tuju blog “How to Save Marriage” dan yang ketiga, membina blog “OnlineFastProfit“. Projek sambilan, membina blog untuk dijual, contoh yang ini “Baby-Care” – harga RM1,000.

Tulisan Terdahulu «