Dia Melakukan Yang Terbaik

Ini adalah kisah mengenai Robby, seorang kanak-kanak yang tinggal bersama ibunya yang sudah tua. Ibunya mahu dia belajar bermain piano kerana dia tersangat ingin mendengar anaknya bermain untuknya. Beliau menghantar Robby kepada seorang cikgu piano yang sudi membimbingnya. Walau bagaimanapun ada satu masalah kecil, Robby tidak cenderung kepada muzik justeru dia sangat lambat dalam pembelajarannya. … Continue reading »

Burung Pandai Bercakap

Suatu hari seorang peminat burung pergi ke kedai haiwan peliharaan untuk membeli burung. Banyak burung dari pelbagai jenis dan warna dipamerkan di kedai tersebut. Si peminat melihat burung yang dipamerkan satu persatu. Burung pertama berharga RM10, yang kedua RM10, ketiga RM45, dan seterusnya… semuanya berharga antara RM5 hingga RM100. Kemudian beliau ternampak burung berharga RM5,000. … Continue reading »

Semuanya Berlaku Untuk Kebaikan

Suatu masa dahulu ada seorang raja yang mempunyai penasihat yang bijaksana. Si penasihat mengikuti raja ke mana sahaja baginda pergi, dan nasihat yang menjadi kegemaran beliau, “Semuanya berlaku untuk kebaikan”. Suatu hari raja pergi memburu dan mendapat kemalangan kecil. Baginda terpanah kaki sendiri dan tercedera. Baginda bertanya kepada penasihat apa pendapat beliau tentang kemalangan itu, … Continue reading »

Rahsia Kejayaan

Ada seorang budak lelaki yang ingin mencari rahsia kejayaan. Suatu hari dia pergi menemui seorang pendita yang tinggal di sebuah gunung. Ketika bertemu dengan lelaki tersebut di pondoknya, dia bertanya, “Wahai pendita, bolehkah ceritakan padaku rahsia untuk berjaya dalam kehidupan?” Pendita diam sejenak dan selepas beberapa saat, beliau membawa anak muda itu ke sungai terdekat. … Continue reading »