Skip to content
motivasi diri
Motivasi Diri
  • Home
  • Mengenai Saya
  • Dasar Privasi
motivasi diri
Motivasi Diri

Setiap yang Berlaku ada Hikmahnya

Brahem, 20/03/202020/03/2020

Pada zaman dahulu ada seorang Raja yang mempunyai penasihat yang bijaksana. Si penasihat sentiasa mengikuti ke mana Raja pergi, dan nasihat kegemaran beliau adalah “Setiap yang berlaku ada hikmahnya.” Suatu hari Raja pergi memburu dan mengalami kecederaan ringan, baginda terpanah kaki sendiri. Baginda bertanyakan pendapat penasihat dan beliau menjawab, “Setiap yang berlaku ada hikmahnya.” Raja tersangat murka mendengar jawapan tersebut dan mengarahkan pengawal supaya memenjarakan si penasihat. Raja bertanya kepada penasihat, “Sekarang apa pendapat kamu?” Penasihat menjawab, “Setiap yang berlaku ada hikmahnya.” Oleh yang demikian Raja mengarahkan pengawal membawa penasihat ke penjara.

Raja meneruskan pemburuan se orang diri. Ketika sedang memburu, baginda ditangkap oleh sekumpulan kanibal dan bakal dijadikan hidangan makan malam. Sebelum dimasukkan ke dalam periuk, Raja diperiksa dengan rapi. Kanibal ternampak kecederaan di kaki Raja dan mengambil keputusan untuk melepaskan baginda. Menurut kepercayaan kanibal, mereka tidak akan makan mangsa yang kurang sempurna. Raja menyedari bahawa apa yang diucapkan oleh penasihat baginda adalah betul. Si penasihat juga terselamat kerana berada di dalam penjara. Sekiranya beliau mengikut Raja memburu, beliau sudah tentu dijadikan makanan malam kanibal.

PRINSIP KEJAYAAN

Sesuatu yang berlaku di dalam kehidupan ini ada sebabnya, dan selalunya untuk kebaikan kita. Jika difikirkan, sebenarnya semua pengalaman lalu yang membawa kita di mana kita sekarang, dan selalunya untuk kebaikan. Semua pengalaman lalu menjadikan kita se orang yang lebih baik. Oleh itu apa cabaran yang dihadapi, anggaplah ia berlaku untuk membawa kita ke peringkat yang lebih tinggi.

Cerita Motivasi

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian

Artikel

  • Bagaimana Nak Tawakal kepada Allah?

Komen Terkini

  • Lepaskan Masa Lalu: Bagaimana Melangkah Maju dengan Keyakinan - Motivasi Diri on Sekarang – Perolehi Kekuatan Diri Di Momen
  • Strategi Untuk Lebih Produktif | Motivasi Diri on Kita Semua Ada Masa
  • ifah on Jangan Pandang Belakang
  • Yati Rahim on Cara Untuk Memotivasi Diri
  • Nor Chitriayu on Cara Untuk Memotivasi Diri

Kategori

  • Artikel Motivasi (4)
  • Blog Motivasi (1)
  • Cerita Motivasi (4)
  • Kata-kata Semangat (1)
  • Motivasi & Matlamat (2)
  • Motivasi Diri (10)
  • Motivasi Hidup (7)
  • Motivasi Kerja (5)
  • Motivasi Minda (3)
  • Motivasi Pagi (2)
  • Pengembangan Diri (1)
  • Pengurusan Emosi (1)
  • Produktiviti Diri (1)
  • Refleksi Diri (4)
  • Tips Berjaya (2)
  • Tips Motivasi (2)
©2025 Motivasi Diri | WordPress Theme by SuperbThemes