Burung Pandai Bercakap

Suatu hari seorang peminat burung pergi ke kedai haiwan peliharaan untuk membeli burung. Banyak burung dari pelbagai jenis dan warna dipamerkan di kedai tersebut. Si peminat melihat burung yang dipamerkan satu persatu. Burung pertama berharga RM10, yang kedua RM10, ketiga RM45, dan seterusnya… semuanya berharga antara RM5 hingga RM100. Kemudian beliau ternampak burung berharga RM5,000. […]

Read More

Bagaimana Kita Mendengar?

Bila berborak dengan seseorang, pernah tak dia tanya, “Awak dengar tak apa yang saya cakapkan?” Pernah tak anda dapati diri anda membuka mulut sebelum orang lain habis bercakap? Sewaktu menghadiri satu persidangan baru-baru ini, beberapa kali saya tersedar yang saya tidak bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh pembentang kertas kerja. Daripada terus mendengar apa yang […]

Read More

Sekarang – Perolehi Kekuatan Diri Di Momen

Setiap hari kekuatan diri anda semakin hilang dik fikiran yang selalu merembes ke masa lalu dan terlalu memikirkan perkara yang anda anggap kesilapan dan berangan tentang masa depan yang diinginkan. Suara-suara kecil yang selalu memenuhi minda anda akan merompak kehidupan yang anda mampu jalani sekarang kecuali sekiranya anda memberi fokus kepada masa kini, saat ini, […]

Read More

Tepuk Dada Tanya Hati

Mengapa kita selalu mengeluh tetapi masih melakukan perkara yang sama yang kita keluhkan seperti kita tidak punya pilihan? Kita bersusah payah mengharungi kehidupan walaupun kita tahu bahawa ia seharusnya mengalir lancar. Kita mengakui bahawa segala sesuatu melimpah ruah namun kita melakukan sesuatu seperti segalanya kekurangan. Kita tahu apa yang perlu kita lakukan namun kita tidak […]

Read More

Jangan Merungut

Minggu lepas saya menghadiri persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Dari peta yang diperolehi dari Internet, saya lebih kurang dapat agak lokasi fakulti di mana persidangan akan berlangsung. Saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk sampai ke lokasi tersebut, parkir kereta pun banyak. Sesampainya saya di kampus universiti tersebut, saya agak terkejut. […]

Read More

Motivasi dan Inspirasi

Pada saya motivasi dan inspirasi adalah dua benda yang berbeza. Walaupun perbezaannya sangat kecil, inspirasi mempunyai lebih kekuatan dalam merangsang seseorang melakukan sesuatu dengan penuh komitmen berbanding motivasi. Perkataan motivasi terbentuk dari perkataan motif. Bermakna seseorang memerlukan motif untuk mendapat motivasi. Apa motif seorang blogger menulis blog? Wang, nama, dihargai, berkongsi pendapat, mencetus perubahan, atau […]

Read More