Program Motivasi Tidak Berkesan

Ada beberapa orang pakar yang mengatakan kebanyakan program motivasi popular tidak berkesan. Seorang pakar dengan yakin mengatakan bahawa buku, filem dan lain-lain program motivasi diri  ‘The Secret” oleh Rhonda Byrne juga tidak berkesan dalam menggerak seseorang untuk mengambil tindakan ke arah kejayaan. Nampaknya benar juga apa yang dikata, cuba renungkan kenyataan atau soalan berikut dan … Continue reading »

Motivasi dan Inspirasi

Pada saya motivasi dan inspirasi adalah dua benda yang berbeza. Walaupun perbezaannya sangat kecil, inspirasi mempunyai lebih kekuatan dalam merangsang seseorang melakukan sesuatu dengan penuh komitmen berbanding motivasi. Perkataan motivasi terbentuk dari perkataan motif. Bermakna seseorang memerlukan motif untuk mendapat motivasi. Apa motif seorang blogger menulis blog? Wang, nama, dihargai, berkongsi pendapat, mencetus perubahan, atau … Continue reading »

Definisi Motivasi dan Blog Motivasi Diri

Motivasi boleh didefinisikan dalam beberapa cara. Secara umum ia didefinisikan sebagai kuasa yang menggerak dan membentuk sesuatu perilaku atau tabiat.  Dengan kata lain, motivasi adalah suatu tenaga dalaman yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu untuk mencapai sesuatu. Ia adalah keadaan yang bersifat sementara atau berubah-ubah dalam diri seseorang dan tidak bergantung kepada keperibadian orang tersebut. … Continue reading »

Menentukan Karier Anak-anak

Tahniah diucapkan kepada para ibubapa. Anak-anak sudah mulai menerima tawaran untuk mengikuti program matrikulasi dan juga program asasi, diploma atau ijazah di IPTA /IPTS. Ramai di antara para ibubapa yang bertindak sebagai kata pemutus dalam menentukan bidang atau karier yang dipilih anak-anak. Tidak kurang juga para ibubapa yang bertindak sebagai penyalur maklumat dan memberi nasihat … Continue reading »

Usahlah Risau dan Mulai Kehidupan

Jika difikirkan, kita ni selalu risau. Tak ada benda yang kita tak risau. Dari sekecil-kecilnya hinggalah perkara besar – hal kerja, hal kewangan, hal anak-anak, kritikan orang, dan macam-macam lagi benda yang merisaukan. Banyak juga buku-buku motivasi diri yang ditulis untuk membantu kita membuang rasa risau. Satu darinya, yang terlaris jualannya, “How to Stop Worrying and … Continue reading »

Kenapa Menjerit Apabila Marah?

Suatu hari seorang profesor bertanya kepada para pelajarnya, “Kenapa kita menjerit apabila kita marah? Kenapa orang menjerit kepada satu sama lain apabila mereka marah?” Para pelajar berfikir sejenak, seorang dari mereka menjawab, “Kita menjerit kerana kita hilang sabar.” “Tetapi kenapa menjerit, orang tu ada disebelah je? Tak bolehkah kalau tak menjerit, tak bolehkah bercakap dengan … Continue reading »

Usah Dipeduli Perkara Kecil

Kita selalu membiarkan diri kita sibuk dengan perkara yang jika diteliti, boleh dikatakan sangat kecil. Kita peduli dan memberi tumpuan kepada perkara kecil tersebut dan membesar-besarkannya sehingga ia mengawal emosi kita dan seterusnya membuat kita tidak tenteram. Dalam kebanyakan situasi perkara kecil inilah yang menjadi punca kepada soal “hidup atau mati”. Sebagai contoh, ketika anda … Continue reading »