«

»

Azam Tahun Baru dan Kebiasaan

Semalam saya join rakan-rakan main badminton di Tasik Titiwangsa, KL. Selepas waktu pejabat, tukar pakaian dan terus ke sana. Untuk nak keluar masuk ke tempat letak kereta di bangunan pejabat saya perlu guna kad staf. Biasanya kad tu saya simpan dalam walet kad, bila nak keluar atau masuk, sentuhkan saja walet kat reader palang akan naik – macam kat Touch N Go Plus. Masa nak keluar semalam, saya keluarkan kad dari walet dan selit di tepi poket pintu kereta sebab walet tu saya nak simpan dalam seluar kerja. Kalau simpan dalam seluar trek takut tercicir. Lepas keluar dari tempat letak kereta saya terus ke Tasik Titiwangsa dan main badminton.

Pagi tadi bila nak masuk ke tempat letak kereta saya pun sentuhlah kad walet macam biasa tapi palang tak naik. Alamak!!! Kad tak ada dalam walet, kat tepi pintu kereta pun tak ada, dah letak kat mana ya? Nasib baik ada kawan lalu, dia tolong sentuhkan kadnya justeru dapatlah masuk ke tempat letak kereta. Lepas dah punch kad masuk kerja, saya pun turun semula ke tempat letak kereta untuk cari kad staf saya tapi tak jumpa juga. Saya teringat kepada auto suggestion, lebih kurang kebiasaan. Letak kad di tepi pintu kereta bukan kebiasaan saya, semalam saya lakukannya dengan sedar. Auto suggestion secara mudah bolehlah ditakrif sebagai sesuatu yang kita lakukan tanpa sedar kerana sudah berulang-ulang kali melakukannya, kita lalukannya secara otomatik bila berada dalam situasi berkenaan. Saya segera meminjam kad rakan untuk keluar dari tempat letak kereta, saya sentuhkan kad tersebut pada reader dan terus memandu keluar dan letak kereta di tepi jalan. Saya dapati kad rakan saya, yang dimasukkan dalam card holder bertali, ada di atas tempat duduk sebelah penumpang. Saya buat kesimpulan yang kad saya pun patut ada di situ, tapi tak ada. Saya selukkan tangan ke bawah lipatan antara tempat duduk dan tempat sandar kot kot kad tu dah termasuk di bawah lipatan. Voila.

Cuba ingat semula berapa banyak idea, fikiran, cadangan, atau ikrar yang telah anda sogokkan ke minda anda melalui lima pancaindera. Sebagai contoh’ “Aku tak mampu”, “Aku tak boleh”, “Aku tak pandai” dan sebagainya. Ini mempengaruhi minda anda dan menjadikan perkara-perkara yang anda sogokkan menjadi kebiasaan bagi diri anda.

Begitulah dengan azam tahun baru. Setiap kali tiba tahun baru kita tidak lupa untuk membuat azam tahun baru. Bila semak di akhir tahun, biasanya satu pun tak tercapai. Kenapa ya? Kebiasaan?

Selepas buat azam, apa yang kita buat dengan azam kita? Tulis dalam diari? Pastu buat apa? Baca balik? Tak? Ada buat perancangan bagaimana nak capai matlamat yang telah ditetapkan? Apa yang perlu dibuat (aktiviti); aktiviti dipecahkan ke tahap yang boleh diurus dan dilaksana dengan mudah; apa ukuran pencapaian; bila nak capai setiap pencapaian; apa sumber yang diperlukan?

Matlamat perlu SMART, dah ramai yang cerita pasal SMART ni. Spesifik; ukuran untuk pencapaian; mampu dicapai; realistik; dan tempoh masa. Lepas tu buat perancangan, laksana, ukur pencapaian, buat pemulihan jika ada penyimpangan dari perancangan, ambil iktibar dan tambahbaik.

Moga pencapaian kita di tahun 2012 lebih baik dari 2011.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>