«

»

Melayukankah Lagu-lagu Melayu?

Ada pihak yang mengatakan kebanyakan lagu-lagu Melayu boleh menanam sikap negatif kepada para pendengar. Saya bukanlah seorang pakar motivasi atau ahli psikologi, jadi saya rasa tak perlulah nak ulas tentang pendapat tersebut.

Apa yang saya nak ketengahkan di sini adalah kuasa minda spara atau bawah sedar dan kemungkinan ada kaitan dengan dakwaan tadi. Terlebih dahulu ia penting untuk memahami bahawa otak dan minda adalah tidak sama. Minda menggunakan otak untuk menjalankan fungsinya.

Minda sedar menerima input data melalui kelima-lima deria ia-itu lihat, dengar, bau, rasa dan sentuh dan mentafsirkannya. Ia kemudian menghantar tafsiran tersebut kepada minda separa sedar untuk pemprosesan dan penyimpanan. Minda separa sedar akan menggunakan tafsiran tersebut untuk mengurus dan mengawal fungsi badan separa sedar seperti degupan jantung, bernafas, mengepam darah, fungsi selular, operasi berterusan organ-organ fizikal dan sebagainya. Data yang tersimpan juga digunakan oleh minda sedar untuk membuat keputusan yang rasional dan logik yang ia tafsirkan sebagai rasional dan logik berdasarkan kualiti data yang disimpan. Perasan tak? Minda sedar “mentafsir” data sebagai rasional dan logik — data tu tak semestinya “betul”.

Bayangkan apa keputusan rasional dan logik yang minda sedar akan ambil jika minda separa sedar selalu memproses dan menyimpan data dari lirik lagu-lagu yang kebanyakannya tidak positif. Kemungkinan tanpa disedari kita telah mengundang tenaga negatif memasuki alam separa sedar kita, yang akan mempengaruhi pemikiran, keyakinan diri dan tindakan kita.

Sekian untuk sekadar menjentik minda kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>