«

»

Cabaran Minda

Motivasi MindaSaya menjemput para pembaca untuk menjawab cabaran minda di bawah. Tiada jawapan betul atau salah, justeru tak perlu fikir panjang-panjang. Jawab saja ikut apa yang terlintas di fikiran, berdasarkan taakulan masing-masing (sebaik-baiknya dalam tempoh 1 minit).

Sekumpulan tiga orang – jurutera, doktor dan peguam – menaiki belon udara panas untuk aktiviti luar mereka. Apabila tali pengikat dilucutkan, belon tersebut naik tetapi tidak tinggi. Siapakah yang patut diturunkan agar belon udara panas itu dapat naik ke ketinggian yang sepatutnya? Tuan jurutera, doktor atau peguam?

OK, jawapan ialah……

Peguam? Kenapa pilih peguam? Adakah sebab kepakaran dia tak diperlukan dalam hal ini? Atau tak boleh turunkan tuan peguam, nanti kena saman?

Doktor? Nak buat apa dengan doktor, bukannya ada orang sakit kat sini. Jurutera dan peguam tu sihat dan cergas. Kalau tak sihat dan cergas tak kan buat aktiviti macam tu.

Jurutera? Hei, tidak boleh tinggalkan jurutera. Siapa nak baiki kalau belon tu rosak?

………………..

Bagaimana kalau diberikan jawapan yang dicari adalah siapa yang paling berat di antara mereka?

Kenapa pilih jurutera, doktor atau peguam?

Kita dalam keadaan biasa akan memilih atau membuat keputusan berdasarkan gambaran, persepsi, pandangan, anggapan, atau penilaian yang telah sedia terbina mengenai seseorang atau sesuatu perkara (dikenali sebagai ‘cerita’).

Contoh; Cuba fikirkan apa persepsi anda tentang seorang ibu mertua, ibu tiri, bos perempuan, atau ahli politik? Nampak apa yang saya maksudkan?

Gambaran, persepsi, pandangan, anggapan, atau penilaian yang telah sedia terbina ini menyelubungi pertimbangan dan keputusan yang kita buat. Cerita kita mengenai seseorang atau sesuatu itu hanyalah cerita, bukan fakta. Untuk berlaku adil kepada diri kita dan orang lain, kita perlu tentukan dahulu sama ada keputusan yang dibuat berdasarkan ‘cerita’ atau fakta. Bila sudah jelas, terpulanglah, sama ada untuk gunakan ‘cerita’ atau fakta dalam membuat keputusan.

Sumber grafik: http://www.best-balloonrides.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>