«

»

Kita Semua Ada Masa

masaBila saya mengajak rakan-rakan untuk melibatkan diri dalam sesuatu yang baru, mereka mengatakan yang mereka tidak ada masa. Saya kira saudara/ri pernah atau selalu mengalami perkara yang sama. Cabaran terbesar yang kita hadapi mungkin adalah ilusi yang kita tidak ada masa. Ramai yang berkata mereka tidak ada masa untuk membuat sesuatu yang baru bagi mereka atau pun bukan rutin.

Sebenarnya kita mempunyai masa untuk membuat apa kita ingin buat. Sekiranya tidak dilaksanakan, ia adalah disebabkan kita tidak memberi keutamaan kepadanya. Contoh: Rakan-rakan saya mengatakan mereka tidak mempunyai masa untuk menulis blog sendiri, tetapi mereka mempunyai masa berjam-jam untuk Facebook; Mereka juga tidak ada masa bila diajak untuk buat bisnes part-time, tetapi mereka punyai masa untuk memancing atau lain-lain hobi.

Ilusi tidak mempunyai masa membuat kita stres di tempat kerja, terutamanya bila melibat personaliti tertentu. Kita merasakan kita tidak mempunyai masa untuk menyiapkan kerja yang diberikan. Walau apa pun, pokoknya adalah apa reaksi atau tindakbalas kita terhadap sesuatu perkara. Merasa stres adalah satu kebiasaan bagi kebanyakan orang. Bila terjadi sesuatu kita biasanya akan memberi tafsiran negatif kerana sudah terbiasa memberi reaksi atau tindakbalas sedemikian. Contoh: kita, separa sedar, menjangka apa akan berlaku kalau kita tidak sempat menyiapkan kerja dalam tempoh yang diberikan dan membayangkan apa kesannya ke atas diri kita jika ianya berlaku. Ini yang menyebabkan kita stres kerana merasakan masa yang diberikan tidak cukup.

Tafsiran yang kita berikan ke atas sesuatu yang menyebabkan kita stres, bukan apa yang berlaku. Kita mempunyai pilihan untuk mengawal reaksi kita. Pilihan sama yang dibuat berulang kali menjadikannya kebiasaan dan menjurus kepada kepercayaan kita tidak mempunyai pilihan. Hanya dengan menyedari yang kita mempunyai pilihan, ia adalah satu lonjakan besar ke arah transformasi diri. Ini motivasi diri yang perlu dibina.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>