«

»

Kerja Bertangguh Tak Menjadi

tangguh kerja

Gambar ehsan The Star Online

Tangguh kerja atau bertangguh untuk melakukan perkara yang patut dilakukan sudah menjadi semacam tabiat ramai. Masakan tidak, banyak bahan motivasi disediakan untuk membantu orang ramai mengatasi masalah tangguh kerja tersebut. Ada buku motivasi khusus untuk membantu orang ramai mengatasi masalah tangguh kerja, ada juga artikel dan tips motivasi yang disiarkan di majalah, di akhbar, blog, laman web dan sebagainya.

Antara tips motivasi untuk mengatasi masalah tangguh kerja adalah menyediakan “senarai tugas hari ini”. Yang menjadi masalah adalah senarai disediakan tetapi tugas tak dibereskan. Nasihat Nike, “Just Do It” (buat je). Kenapa tak buat atau tangguh?

Minggu lepas ramai yang berpusu-pusu ke balai polis, pejabat pos dan sebagainya untuk membayar saman kesalahan lalulintas. Pihak Kerajaan memberi tempoh 6 bulan untuk mereka membuat bayaran tetapi kenapa ramai yang menunggu saat akhir? Adakah mereka tidak mempunyai cukup masa? Benarkah mereka tidak punyai masa untuk membayar saman yang hanya mengambil masa kira-kira 10 minit. Bagaimana pula sekarang mereka mempunyai masa untuk beratur selama 2 jam untuk membayar saman tersebut?

Mari kita renungkan bersama, mungkin anda akan mendapat sesuatu darinya. Harap kongsikan apa yang anda dapat untuk kebaikan kita semua.

No comment yet

1 ping

  1. Motivasi Diri | Jangan Tunggu Lama-lama says:

    […] Kerja Bertangguh Tak Menjadi […]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>