Peringatan Untuk Rakan dan Diri Sendiri

Izinkan saya berkongsi apa yang saya perolehi dari seorang rakan.

Dua orang peniaga menghadiri pengkebumian seorang rakan.

“Berapa banyak yang beliau tinggalkan?” tanya peniaga tersebut kepada yang seorang lagi.

Rakannya menjawab, “Beliau tinggalkan kesemuanya.”

Setiap dari kita meninggalkan kesemuanya bila kita meninggal dunia. Setiap orang berharap mereka dapat meinggalkan sebanyak mungkin ketika mereka sedang nazak. Namun saya berpendapat ramai orang, bila mereka merenung mata pasangan mereka untuk kali terakhirnya, mereka menyedari yang ikatan dengan pasangan adalah perkara yang paling penting dalam hidup mereka, perhubungan yang abadi nilainya. Di saat perpisahan itu, ramai yang menyedari mereka sepatutnya menjalani hubungan yang lebih mesra dengan pasangan masing-masing.

Jauh di sudut hati kita tahu apa yang sebenarnya terpenting dalam kehidupan kita. Namun kita lalai dan terlupa. Anggaplah coretan pendek ini sebagai peringatan kepada kita untuk memberi fokus kepada perhubungan kita sebagai suami isteri dan ikatan kekeluargaan. Kerana di penghujung hayat, kita akan menempuh saat di mana kita akan merenung mata pasangan kita untuk kali terakhirnya. Ia hanya sesaat dua, sudah bersediakah kita?