Hidup Adalah Sesuatu Yang Tidak Dapat Dijangkakan

Kita meninggalkan keselamatan dan keselesaan berada di rumah kita setiap hari samada untuk ke pejabat, sekolah, pasar, melawat rakan dan sebagainya.  Alasannya mungkin berbeza dari hari ke hari, namun ada yang sama. Setiap hari kita meninggalkan rumah, kita beranggapan kita akan kembali semula di waktu petang atau malamnya. Biasanya anggapan tersebut betul, setiap hari kita dapat kembali ke rumah dengan selamat dan dapat berjumpa kembali dengan ahli keluarga.

Walaupun kita ingin percaya bahawa kita akan selalu selamat, hakikatnya ada orang yang bangun di pagi hari, minum secawan kopi, membaca akhbar, meninggalkan rumah dan tidak kembali lagi. Ramai yang pergi meninggalkan kita setiap hari, mungkin disebabkan serangan jantung, kemalangan jalanraya atau sebab-sebab lain. Apapun sebabnya, penting untuk diingat bahawa hidup ini singkat dan kita benar-benar tidak tahu apa yang akan berlaku.

Saya bukan ingin bersikap negatif tetapi hendak mengingatkan semua (termasuk diri saya), bahawa hidup ini rapuh dan kita perlu menghargai setiap saat hidup kita di setiap hari. Saya teringat yang saya sering kali bergegas keluar rumah setiap pagi untuk pergi kerja tanpa mengucapkan selamat tinggal pada orang yang tersayang kerana takut terlambat. Seperti kebanyakan orang, saya menjadi korban ilusi bahawa saya akan kembali ke rumah di waktu petang dan akan mempunyai masa berkualiti bersama mereka.

Mari kita sama-sama ingat kembali, betapa kerapnya kita meninggalkan rumah tanpa mengucapkan selamat tinggal, memeluk atau mengatakan “Aku Sayang Padamu”? Berapa kerap kita meninggalkan rumah dengan perasaan marah, penuh rasa benci dan tidak mahu memaafkan atau menyelesaikan isu dengan seseorang yang kita benar-benar ambil berat?

Jangkaan saya ia adalah sesuatu yang kita semua boleh kaitkan dan telah mengalaminya di beberapa titik dalam hidup kita. Ingatlah walaupun kita perlu berfikir positif dan hidup setiap hari secara maksimum kita harus juga menghargai rahmat hidup dan mereka yang kita sayangi. Jangan mengharap kita akan mempunyai kesempatan untuk memberitahu seseorang bahawa kita menyayangi mereka atau memaafkan kesalahan mereka hanya untuk bersedih di kemudian hari kerana kita terlambat. Saya berani katakan bahawa tidak ada alasan atau beberapa minit yang diselamatkan dengan bergegas keluar pintu akan bermakna atau berguna kepada kita jika ditakdirkan orang yang disayangi pergi meninggalkan kita.

Hidup ini begitu berharga dan setiap hari yang dianugerahkan kepada kita adalah benar-benar sebuah keajaiban justeru jalani kehidupan ini dengan sepenuhnya, selalu bersyukur, belajar untuk memaafkan, mengingatkan manusia untuk berbuat baik di setiap kesempatan yang ada, dan yang paling utama, sayangi semasa insan. Ini akan membuat setiap hari jauh lebih baik bagi semua orang dan kita boleh meninggalkan rumah kita mengetahui bahawa tidak kira apa yang akan terjadi pada hari itu, kita telah benar-benar menjalani hidup kita yang terbaik.

Artikel Berkaitan:

Peringatan Untuk Diri Dan Rakan