«

»

Duit Boleh Beli Kebahagian?

Motivasi - DuitTanggapan pertama saya bila membaca tajuk berita “Duit boleh beli kebahagian” adalah, “Mengarut, mana boleh?”.

Kita dah terbiasa dengan kepercayaan bahawa duit tidak boleh membeli kebahagian. Kita dah biasa dengar bermacam-macam cerita dan ungkapan mengenai duit, semuanya tidak menggambarkan duit boleh membeli kebahagian.

“Duit tidak boleh beli cinta untuk ku”, the Beatles.

“Duit adalah punca kepada semua kejahatan.”

“Bila duit dipinjamkan, musuh telah dicipta”, pepatah Portugis.

Jadi apabila ada seseorang yang berkata duit boleh beli kebahagian, status quo telah tercabar justeru tindakbalas pertama, “mengarut, mana boleh?” Saya kira inilah punca kenapa saya, dan mungkin ramai lagi di luar sana, menolak sesuatu idea baru yang dikemukakan oleh orang lain.

Namun setelah saya ketepikan pandangan yang sedia ada tentang duit, saya nampak ada benarnya “duit boleh beli kebahagian” dan terdapat kekurangan pada ungkapan “duit adalah punca kepada semua kejahatan”. Ungkapan tersebut patut dibaca “Cinta kepada duit adalah punca kepada semua kejahatan”. Setuju?

Berbalik kepada berita “duit boleh beli kebahagian” – satu kajian telah dijalankan di USA untuk menentukan sejauh mana duit dapat mengembirakan seseorang. Dalam kajian tersebut beberapa ribu orang diberi sejumlah wang untuk dibelanjakan mengikut pilihan masing-masing. Ada yang berbelanja sakan untuk diri sendiri dan ada sekumpulan yang mendermakan kesemua wang yang mereka terima kepada mereka yang memerlukannya. Hasil kajian tersebut menunjukkan mereka yang berbelanja untuk diri sendiri merasa gembira untuk tempoh yang tidak lama, 2 ke 3 hari je. Mereka yang mendermakan duit mereka memperolehi kegembiraan yang berpanjangan.

Nah! Kebahagiaan boleh diperolehi dengan membuat orang lain gembira. Bagaimana ya? Apakah kita akan benar-benar bahagia jika kita membuat orang lain berduka?

Mengikut kajian lain, tidak ramai jutawan yang hidup bahagia dengan menyimpan duit mereka untuk kegunaan diri sendiri. Mereka mendapat kebahagian dengan mendermakan duit mereka kepada yang memerlukan. Ramai di antara mereka yang menubuhkan yayasan untuk tujuan tersebut seperti Yayayan Bill and Melinda Gates. Di Malaysia kita ada Yayasan Al-Bukhari dan sebagainya.

Memberi tidak terhad kepada wang ringgit sahaja. Kta boleh memberi apa sahaja yang boleh membawa perubahan kepada kehidupan orang lain. RAHSIANYA? Berilah dengan ikhlas. Ibarat kata Herma Tino, “Tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri……. Derma bukan tontonan…..”

“Jika anda tidak merasa gembira semasa memberi kepada orang lain, anda tidak akan mendapat kebahagian dari pemberiaan tersebut.” – Dr. Joe Vitale.

“Tangan di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah” – Maksud Hadith.

Sekarang saya tahu, selain dari mendapat pahala, orang yang bersedekah juga akan mendapat kebahagiaan yang berpanjangan  sekiranya sedekah yang diberikan itu ikhlas.

1 comment

No ping yet

  1. mas says:

    Betul lah macam sedekah untuk ibu bapa kadang terasa tak ada lebih bulan ni untuk sedekah kat ibu bapa tapi bila niat ikhlas nak bagi sampai hujung bulan alhamdulillah….semua berjalan baik walaupun gaji ngam2 ja….

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>