Alah Bisa Tegal Biasa

honda integra 1986Pakar motivasi rata-rata bersetuju bahawa jika sesuatu yang dilakukan berulang kali, ianya akan menjadi kebiasaan. Bila sudah menjadi kebiasaan, agak sukar untuk diubah.

Saya nak kaitkan apa yang dikatakan di atas dengan pengalaman saya hari minggu baru ni. Kereta saya rosak justeru terpaksa menggunakan kereta lama saya yang dah lama saya tak pandu. Anak saya yang pakai kereta tu sekarang. Dia beritau yang kereta tu ada masalah dengan sensor untuk idling, nak baiki alat ganti belum dapat. Kereta tu akan makan mati kalau lepas pedal minyak.

Betul seperti anak saya kata. Bila saya kereta dah pelan dan saya lepas pedal untuk tekan brek, kereta tu mati. Anak saya dah ingatkan supaya jangan lepas pedal tu terutamanya ketika kereta slow, dia suruh tekan brek dengan kaki kiri. Jadi saya cubalah. Bila nak slow, secara sedar saya pelan-pelan tekan brek dengan kaki kiri. Tup!!! Kereta terhenti macam brek emergency.

“Ada apa?” Tanya isteri saya.

“Tak da apa-apa.”

Lupa nak cakap tadi, kereta tu kereta otomatik. Jadi saya guna kaki kiri untuk tekan brek pelan-pelan dan kaki kanan tekan minyak. Ya, walaupun saya dah control untuk tekan brek tu perlahan-lahan macam guna kaki kanan, tak boleh. Bila tekan tu, otomatik terus rapat ke lantai, macam tekan klac. Yalah, kaki kiri tu dah biasa tekan klac, bila tekan tu mestilah rapat ke lantai. Control macho macam mana pun tak jadi. Itulah yang membuat kereta tu terbrek emergency.

Kesimpulannya, yang susah akan menjadi biasa bila diamalkan selalu. Bila dah menjadi biasa, susah nak tinggalkan. Itulah agaknya kenapa ustaz suruh pergi solat jemaah sekurang-kurangnya 40 kali berturut-turut.

Saya tanya anak saya macam dia control. Dia kata tak da masalah sebab dia tak biasa pandu kereta manual, dia pandu hanya ketika belajar memandu dan test lesen dulu je. Pastu bawa kereta otomatik je.