«

»

Usahlah Risau dan Mulai Kehidupan

Jika difikirkan, kita ni selalu risau. Tak ada benda yang kita tak risau. Dari sekecil-kecilnya hinggalah perkara besar – hal kerja, hal kewangan, hal anak-anak, kritikan orang, dan macam-macam lagi benda yang merisaukan. Banyak juga buku-buku motivasi diri yang ditulis untuk membantu kita membuang rasa risau. Satu darinya, yang terlaris jualannya, “How to Stop Worrying and Start Living (Bagaimana untuk Berhenti Risau dan Mulai Kehidupan)” oleh Dale Carnegie. Buku dari kategori motivasi diri ini memuatkan panduan dan tip bagaimana untuk menangani masalah risau. Mereka yang selalu rasa risau patut baca buku ini.

Saya ingin berkongsi satu cerita dengan saudara saudari. Diharapkan kita sama-sama memperolehi kefahaman mendalam tentang bagaimana kita, sebagai seorang manusia, berfikir. Kefahaman tersebut diharap dapat meningkatkan motivasi diri kita bagi mencapai kecemerlangan dalam kehidupan, dunia dan akhirat. Begini ceritanya:

Sewaktu berhenti di kawasan rehat dan rawat lebuhraya Plus saya terdengar seorang ibu berkata kepada anaknya yang bertongkat kerana mengalami kecederaan di kaki.

“Jangan sandar tongkat kat tiang tu, nanti tertinggal pula,” kata si ibu kepada si anak.

“Takkan boleh tertinggal Ma, macamana nak jalan nanti kalau tak pakai tongkat,” balas si anak.

“Kalau orang ambil tongkat tu, macamana?” Tanya si ibu lagi.

Itu ceritanya, walaupun pendek diharap kita memperolehi sesuatu darinya. Paling kurang kita sedar bagaimana minda kita berkerja. Bila kita tidak mempunyai sesuatu berfaedah untuk difikirkan, minda kita akan sibuk memikirkan apa yang akan terjadi walaupun ia tahu yang ia tidak tahu apa yang bakal terjadi. Apa yang dibayangkan oleh minda, akan merungsingkan kita. Tenaga yang digunakan untuk risau sama banyaknya dengan tenaga untuk berfikir perkara berfaedah – yang mana satu patut dipilih? Terdapat perbezaan ketara antara risau dan peduli. Mereka yang risau nampak masalah, mereka yang peduli nampak jalan penyelesaian.

Memandangkan kita tidak tahu apa yang bakal berlaku selepas saat ni, apa yang akan berlaku esok dan seterusnya – nikmatilah kehidupan kita di saat ini, bergembiralah dengan apa yang kita ada sekarang – mulai kehidupan.

2 comments

1 ping

  1. azu says:

    tkasih utk artikel ini. byk membantu saya. saat ini saya sgt2 risau kerana baru 3 hari yg lepas anak perempuan saya hilang dari rumah selama 22 jam!!!!!…..

  2. Brahem says:

    Sama-sama. Mohon kongsi dgn rakan-rakan, manalah tau mereka pun dpt manfaat dari artikel yang diposkan di blog ini. Tkasih.

  1. Artikel Motivasi | Cara Menghalang Kerisauan Dari Mengawal Kehidupan Anda says:

    […] Usahlah Risau dan Mulai Kehidupan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>