«

»

Program Motivasi Tidak Berkesan

Ada beberapa orang pakar yang mengatakan kebanyakan program motivasi popular tidak berkesan. Seorang pakar dengan yakin mengatakan bahawa buku, filem dan lain-lain program motivasi diri  ‘The Secret” oleh Rhonda Byrne juga tidak berkesan dalam menggerak seseorang untuk mengambil tindakan ke arah kejayaan.

Nampaknya benar juga apa yang dikata, cuba renungkan kenyataan atau soalan berikut dan jawab dengan jujur:

1.  Sudah berapa kali anda mengikuti program motivasi?

2.  Sudah berapa banyak buku motivasi atau artikel yang anda baca? Adakah ia berupaya mengubah diri anda?

3.  Sudah berapa kali anda ikuti program motivasi di TV? Adakah ia berjaya mengubah diri anda?

Adakah apa yang disenaraikan di atas berjaya mengubah diri anda? Kemungkinan ada yang mengatakan “Ya”, tetapi berapa lama ia bertahan?

Justeru ada juga yang mengatakan kita tidak perlu kepada program motivasi untuk membina motivasi diri ke arah kejayaan.

Contoh kenyataan yang sering dikait dengan kekurangan motivasi diri:

1.  Saya tidak ada keyakinan untuk melaksanakan sesuatu dengan jaya.
2.  Tak ada semangatlah nak buat benda tu, apa lagi nak capai kejayaan.
3.  Tak nak cubalah, saya takut gagal.
4.  Saya tak ada masa.
5.  Bukan senang nak berjaya.
6.  Nanti apa kata orang.

Cuba bayangkan senario ini:  Rumah anda dipisahkan dengan padang permainan oleh sebuah longkang besar. Justeru untuk pergi balik ke padang anda terpaksa melalui jalan yang agak jauh. Sekiranya longkang tersebut tiada, anda hanya perlu berjalan beberapa langkah sahaja untuk sampai ke laman rumah atau ke padang. Kalau nak cepat rasanya nak lompat aje longkang tu, namun takut pula tak lepas. Suatu hari tiba-tiba se ekor anjing mengejar anda, tanpa berfikir panjang anda terus lari dan melompat longkang tersebut, dan sampai ke laman rumah. Anda hanya sedar yang anda berjaya lompat melepasi longkang setelah selamat berada di dalam rumah.

Soalannya; bagaimana anda berjaya lompat melepasi longkang tersebut?

Adakah anda mempunyai keyakinan untuk melakukannya?
Adakah anda mempunyai semangat?
Adakah anda takut gagal?
Adakah masa menjadi persoalan?
Adakah anda terfikir tentang kejayaan?
Adakah anda terfikir tentang apa orang lain akan kata?

Agaknya apa yang difikirkan masa tu? Ya, menyelamatkan diri!!!

Menyelamatkan diri merupakan satu dari sumber motivasi diri yang berkesan. Menyelamatkan diri tidak terhad kepada menyelamatkan diri dari bahaya tetapi merangkumi perkara lain seperti menyelamatkan diri dari kesusahan hidup, dari malu, dll.

Satu lagi contoh: Seorang pelajar perlu menyediakan thesis sebagai syarat mendapat ijazah dan perlu menghantarnya sebelum tarikh yang ditetapkan. Thesis tersebut juga perlu mematuhi beberapa syarat-syarat lain sebelum diterima untuk penilaian. Jika tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, thesis akan ditolak dan pelajar terpaksa menunggu satu semester lagi untuk menamatkan pengajian dan mendapat ijazah. Adakah pelajar berkenaan mempunyai masa untuk memikirkan 6 perkara yang dibincang tadi. Tentu tidak, dia sibuk berfikir dan mengambil tindakan untuk menyiapkan thesis pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan agar dapat menamatkan pengajian secepat mungkin.

Satu lagi sumber motivasi diri adalah untuk membawa perubahan kepada keluarga, masyarakat dan ugama. Dalam kes menyediakan thesis tadi, seorang pelajar lain mungkin mempuyai motivasi untuk menyediakan thesis yang terbaik agar dia mendapat keputusan cemerlang. Keputusan yang cemerlang akan memberi beliau peluang yang lebih baik untuk mendapat pekerjaan dan seterusnya mengubah tahap kehidupan keluarganya di kampung.

Carilah ‘SEBAB’ anda. Sebab yang cukup kuat akan menjadi sumber motivasi yang berterusan untuk anda. Dalam setiap perkara yang anda pilih untuk lakukan, letakkan ‘TARUHAN’ yang cukup besar untuk memotivasikan diri anda. Semakin besar ‘taruhan’ semakin tinggi komitmen anda untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Sebagai contoh, sejak dari bangku sekolah saya bercita-cita untuk menjadi seorang pengarang. Namun sehingga sekarang saya masih belum menyiapkan walau sebuah buku. Justeru saya telah mewarwarkan kepada beberapa kenalan rapat yang saya akan menulis sebuah buku bertajuk…. dan buku ini akan disiapkan pada September 2012. Saya juga menawarkan kepada kenalan saya untuk membeli buku tersebut pada harga tawaran pra-penerbitan dan di luar dugaan saya, 7 orang kenalan telah memberi komitmen untuk membeli buku tersebut dan 2 dari mereka telah membuat bayaran. Agaknya apa tindadan saya sekarang? Menarik diri dari menulis buku tersebut?

Renung-renungkanlah. Jumpa lagi.

Selamat Menyambut Idil Adha

1 comment

No ping yet

  1. husna nana says:

    bagaimana nak tingkat kan kepercayaan keyakinan dan ketabahan diri untuk UPSR
    dan bagaimana pula ketabahan diri untuk atasi subject subject lemah dalam UPSR

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>