Kenapa Menjerit Apabila Marah?

Suatu hari seorang profesor bertanya kepada para pelajarnya, “Kenapa kita menjerit apabila kita marah? Kenapa orang menjerit kepada satu sama lain apabila mereka marah?”

Para pelajar berfikir sejenak, seorang dari mereka menjawab, “Kita menjerit kerana kita hilang sabar.”

“Tetapi kenapa menjerit, orang tu ada disebelah je? Tak bolehkah kalau tak menjerit, tak bolehkah bercakap dengan nada yang rendah?”

Para pelajar memberi berbagai jawapan, tiada satu pun yang memuaskan hati profesor.

Akhirnya profesor terangkan, “Apabila seseorang marah kepada seseorang lain, hati mereka berjauhan. Untuk menyelesaikan masalah jarak di antara mereka, mereka terpaksa menjerit agar pihak yang satu lagi dapat dengar apa yang mereka nak sampaikan. Semakin kuat marah, semakin kuat mereka terpaksa menjerit agar suara mereka dapat merentasi jarak yang terbina di antara mereka.”

Kemudian profesor bertanya lagi, “Apa yang berlaku bila seseorang sedang bercinta atau saling menyayangi? Mereka tidak menjerit tetapi bercakap dengan suara yang lembut. Kenapa? Sebab hati mereka sangat dekat. Jarak di antara mereka sangat dekat.”

“Apa yang berlaku bila cinta mereka lagi mendalam? Mereka tidak bercakap – mereka hanya berbisik dan cinta mereka makin mendalam. Akhirnya mereka tidak perlu berbisik. Mereka hanya memandang antara satu sama lain, dan masing-masing saling mengerti. Begitulah rapatnya seseorang bila mereka saling menyintai dengan cinta yang amat mendalam.”

Jadi bila anda bertengkar, jangan biarkan hati anda berjauhan dan mengeluarkan perkataan yang menambahkan jarak di antara hati anda dengan seorang lagi. Mungkin suatu hari nanti jarak tersebut akan menjadi terlalu jauh dan anda tidak berupaya mencari jalan untuk pulang ke pangkal jalan.

Motivasi Diri: Hmmmmmmm!!!!!