Jangan Tunggu Lama-lama

Sudah banyak buku dan artikel yang telah ditulis mengenai bertangguh kerja atau jangan tunggu lama-lama untuk melakukan sesuatu. Namun bila ada artikel atau tulisan baru berkaitan topik “jangan tunggu lama-lama”, ia tetap menarik minat para pembaca. Tak cukupkah tulisan sebelum ini? Nampaknya ramai yang masih mencari sesuatu untuk membantu diri menyelesaikan masalah bertangguh kerja atau suka tunggu lama-lama untuk melakukan sesuatu. Artikel bertajuk “Jangan tunggu lagi” dalam akhbar the Star minggu lepas menarik minat saya. Artikel tersebut memberi tiga tip bagaimana membina motivasi diri untuk mengatasi tabiat suka tunggu lama-lama.

Menurut Landmark Education, sangat mudah untuk mengatasi masalah suka bertangguh kerja ni. Caranya – Just Do It (Buat Je). Memanglah mudah, tetapi apa punca yang menyebabkan ramai orang mempunyai masalah untuk “buat je”. Menurut Landmark Education lagi, cari punca tersebut dan anda akan berjaya mengatasi masalah suka tunggu lama-lama.

Tip yang diberikan dalam artikel the Star yang saya sebut tadi mempunyai sedikit persamaan dengan teknik yang diberikan oleh Landmark Education . Pertama – Motivasikan diri anda dengan membayangkan impak terburuk akibat bertangguh kerja dan manfaat yang akan diterima jika sebaliknya. Kedua – tingkatkan rasa tanggungjawab diri atas tugas yang perlu dilaksana dengan menulisnya dan memaklumkan kepada rakan atau sanak saudara. Cara ini akan memotivasi diri anda mengambil tindakan kerana akan merasa malu jika tidak berbuat demikian. Ketiga – Beri ganjaran pada diri sendiri untuk setiap tugas yang dibereskan. Ganjaran tidak semesti sesuatu yang mahal, secawan Cappuccino sudah mencukupi. Terpulang pada diri masing-masing, cuma jangan membeli sesuatu yang memberi hasil yang sebaliknya.

Setiap orang perlu belajar cara-cara untuk mengatasi tabiat suka tunggu lama-lama untuk melakukan tugas atau tanggungjawab. Ia akan membantu diri mengurangkan tekanan dan meningkatkan peluang untuk berjaya.

Artikel Berkaitan:

Kerja Bertangguh Tak Menjadi