«

»

Sekarang – Perolehi Kekuatan Diri Di Momen

Setiap hari kekuatan diri anda semakin hilang dik fikiran yang selalu merembes ke masa lalu dan terlalu memikirkan perkara yang anda anggap kesilapan dan berangan tentang masa depan yang diinginkan. Suara-suara kecil yang selalu memenuhi minda anda akan merompak kehidupan yang anda mampu jalani sekarang kecuali sekiranya anda memberi fokus kepada masa kini, saat ini, dan sepenuhnya mengalami apa yang sedang berlaku sekarang.

Memandangkan anda tidak boleh kembali dan mengubah apa yang telah terjadi di masa lalu dan anda tidak boleh melompat di dalam mesin waktu dan pergi ke masa depan untuk mengubahnya atau pun boleh mengagak apa yang akan terjadi, tidak ada gunanya membuang waktu yang berharga berfikir tentang perkara ini. Kehidupan jenis hidup di masa lalu dan bermimpi masa depan sering berlaku, yang membuatkan anda mungkin berfikir bahawa adalah sifat semulajadi manusia untuk membawa minda mereka ke tempat tersebut. Kemungkinan masyarakat mengajar setiap dari kita untuk tidak memberi tumpuan kepada apa yang terjadi di masa kini untuk mengelak dari rasa tidak puas hati dan kesakitan yang dikaitkan dengan kehidupan.

Anda mungkin mengatakan yang anda masih ingin membuat matlamat dan mengejar cita-cita, ia masih lagi sesuatu yang anda boleh dan patut dilakukan. Berada di momen (saat ini) bukanlah bermakna membuang cita-cita atau tidak berfikir tentang masa depan dan menetapkan matlamat, tetapi kita perlu menilai berapa banyak masa yang dihabiskan untuk melamun atau mempunyai tujuan atau impian hidup yang disokong dengan tindakan sebenar. Anda masih boleh menjalani kehidupan yang diterajui matlamat yang memberi fokus kepada di sini dan saat ini dan juga, mempunyai pelan tindakan yang menyokong matlamat jangka panjang. Keseimbangan adalah kuncinya.

Latihan diperlukan untuk membawa fikiran kembali fokus pada saat ini atau masa kini, atau melihat apa yang dialami atau dihadapi sekarang seadanya, tanpa dipengaruhi oleh fikiran masa lalu dan masa depan. Ia mampu dilakukan pada setiap masa. Mengetahui perkara ini adalah sesuatu yang benar-benar memberi kekuatan. Anda mempunyai kawalan ke atas minda anda, arah kehidupan anda dan momen di mana anda wujud dan menjalani kehidupan, justeru kekuatan anda dialirkan kembali kepada anda setelah anda berhenti menumpukan kepada perkara di luar kawalan anda.

Jika anda dapati fikiran anda mengembara ke masa lalu melayari perkara-perkara  yang telah anda anggap sebagai kesilapan dan menyesal melakukannya, ia hanya akan mengheret turun mood anda sekarang dan mempengaruhi masa kini anda secara negatif. Berulang kali memikirkan perkara tersebut tidak akan membuat anda merasa lebih baik atau pun memberikan hasil yang lebih baik, justeru kenapa secara logik anda hendak paksakan perkara negatif ini ke atas diri sendiri?

Kita boleh belajar dari kesilapan kita dengan tidak menghakimi mereka sebagai  “kesilapan” tetapi sebaliknya menyebut mereka sebagai pelajaran kehidupan dan maju ke hadapan bersama mereka. Jika anda mempunyai fikiran masa lalu yang selalu menghantui, akui keberadaannya, bersyukur untuk maklumat (atau peringatan) dan tanya pada diri sendiri apa yang boleh anda pelajari dari pengalaman itu dan gunakannya untuk masa kini. Kemudian tinggalkan ia di situ. Pelajari pelajaran kehidupan anda, dan hidup bersama mereka, maju ke hadapan, tidak mundur – mengenangi saat yang sudah berlalu.

Adapun saat masa depan, adalah bagus untuk mengetahui apa yang ingin anda lakukan, atau siapa yang anda ingin menjadi, bahkan perkara yang ingin anda capai, tetapi untuk terus-menerus melamun dan tidak mengambil tindakan yang sebenarnya ke arah mencapai matlamat adalah kontraproduktif. Jika anda membiarkan diri anda untuk memikirkan masa depan dan menetapkan beberapa matlamat, pastikan bahawa anda mengambil tindakan nyata untuk mencapainya. Jika tidak, bantulah diri dengan menuliskannya di dalam senarai “matlamat masa depan” yang anda hanya akan beri tumpuan setelah anda berazam untuk lakukannya, pada kenyataannya, mengambil tindakan yang sebenarnya secara tetap.

Anda boleh tangguh senarai “matlamat masa depan” anda ketika mencapai dan menyelesaikan matlamat semasa anda yang anda sedang ambil tindakan. Jangan tergoda untuk menyemak senarai tersebut dari masa ke masa memandangkan senarai itu adalah untuk kegunaan masa depan. Ini akan membantu anda untuk tetap mengetahui apa yang anda lakukan sekarang dan bukannya berada dalam lingkaran fikiran yang tidak membawa anda ke mana-mana.

Ambil kembali kekuatan peribadi anda hari ini, sekarang juga dengan mempraktikkan tindakan yang dinyatakan dalam artikel ini. Ambil pelajaran masa lalu tetapi tinggalkan pengalaman masa lalu di mana mereka berada. Tetapkan matlamat untuk diri sendiri dan ambil tindakan, dan tinggalkan matlamat yang anda tidak bersedia untuk mengambil tindakan di dalam senarai untuk kegunaan di masa depan. Setelah anda meletakkan masa lalu dan masa depan di mana mereka sepatutnya berada, anda boleh secara konsisten menumpukan perhatian kepada apa yang berlaku sekarang di dalam hidup anda dan mula menjalani kehidupan dengan cara yang lebih bererti dan benar-benar bahagia.

Sumber: http://EzineArticles.com/6259680

5 comments

No ping yet

  1. Nasir says:

    Admin,

    Nampak berat artikel ni, tak brapa faham saya. Boleh tolong mudahkan?

  2. Brahem says:

    Secara mudah, hadapi apa yang ada di depan kita seadanya. Lupakan perkara lalu mengenainya dan jangan fikirkan apa yang akan berlaku di masa hadapan.

  3. suri says:

    thanx for this article…its very helpful! 🙂

  4. azza says:

    benar…..mengapa dikenang sejarah silam.biar sepahit mana pun ia,jadikan ia pengajaran dan pengalaman yg sangat berharga .anda sepatutnya bahagia kerana anda adalah insan terpilih utk diuji.laluilah,jalanilah,nikmatilah setiap detik yg ada bersama keluarga ,teman dan sesiapa pun jua sekarang dengan penuh rasa bahagia,syukur agar anda tidak akan berasa terlambat .mengapa dikenang sejarah silam dan merisaukan masa depan yg bukan dalam jangkauan anda…….

  5. Mohd Shubhi says:

    Amat menarik untuk diamalkan. Insyaallah semoga dapat djadikan amalan tetap

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>