Belenggu Diri – Pengetahuan dan Pengalaman Hidup

Pengetahuan dan pengalaman hidup banyak membantu diri kita untuk mengharungi hidup yang penuh mencabar. Pengetahuan dan pengalaman yang berguna menjadi sumber kepada motivasi diri. Namun ada ketika di mana pengetahuan dan pengalaman hidup menjadi halangan untuk transformasi diri. Kali ini saya ingin membawa satu kisah biasa dalam kehidupan seharian. Jika diteliti, corak gerakbalas kita dalam … Continue reading »

Pagi Yang Basah Di Kuala Lumpur

Pagi kelmarin adalah satu lagi pagi yang basah di Kuala Lumpur. Seperti biasa, bila hujan turun kesesakan lalulintas di waktu pagi akan bertambah dari biasa. Ramai yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas tersebut, termasuk saya. Bila terperangkap begitu dan jam hampir menunjukkan pukul 8.30 (waktu masuk kerja), apa yang biasanya¬† bermain di fikiran anda? Menyalahkan hujan, … Continue reading »

Duit Boleh Beli Kebahagian?

Tanggapan pertama saya bila membaca tajuk berita “Duit boleh beli kebahagian” adalah, “Mengarut, mana boleh?”. Kita dah terbiasa dengan kepercayaan bahawa duit tidak boleh membeli kebahagian. Kita dah biasa dengar bermacam-macam cerita dan ungkapan mengenai duit, semuanya tidak menggambarkan duit boleh membeli kebahagian. “Duit tidak boleh beli cinta untuk ku”, the Beatles. “Duit adalah punca … Continue reading »

Bertanggungjawab Ke Atas Kejayaan Diri Sendiri

Saya teringat kata-kata seorang pakar motivasi yang menyarankan agar kita semua jangan jadi macam “bangau oh bangau”. Jika kita ingin memupuk motivasi positif dalam diri kita, hindari diri dari menyanyikan lagu “Bangau Oh Bangau”. Begitulah lebih kurang kalau tak silap. Saya terfikir, apakah lagu “Bangau oh bangau” tu tak baik untuk motivasi diri, tak baik … Continue reading »

Kerja Bertangguh Tak Menjadi

Tangguh kerja atau bertangguh untuk melakukan perkara yang patut dilakukan sudah menjadi semacam tabiat ramai. Masakan tidak, banyak bahan motivasi disediakan untuk membantu orang ramai mengatasi masalah tangguh kerja tersebut. Ada buku motivasi khusus untuk membantu orang ramai mengatasi masalah tangguh kerja, ada juga artikel dan tips motivasi yang disiarkan di majalah, di akhbar, blog, … Continue reading »

Kita Semua Ada Masa

Bila saya mengajak rakan-rakan untuk melibatkan diri dalam sesuatu yang baru, mereka mengatakan yang mereka tidak ada masa. Saya kira saudara/ri pernah atau selalu mengalami perkara yang sama. Cabaran terbesar yang kita hadapi mungkin adalah ilusi yang kita tidak ada masa. Ramai yang berkata mereka tidak ada masa untuk membuat sesuatu yang baru bagi mereka … Continue reading »